Info Terkini
Selamat Datang ke Laman Web Sijil Kemahiran Malaysia Kolej Vokasional Keningau
Sijil Kemahiran Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memastikan budaya kemahiran diterapkan dalam industri pendidikan di Malaysia. Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melengkapkan sumber manusia terutama dalam golongan muda mudi, bidang kemahiran yang ditawarkan memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam mempersiapkan diri dalam dunia pekerjaan. Program kemahiran di Kolej Vokasional Keningau bermula pada tahun 2000 seramai 12 orang pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada pelajar bermasalah pendengaran. Saban tahun, Kolej Vokasional Keningau yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Keningau telah menerima ramai penyertaan daripada golongan istimewa dan pelajar biasa. Sehingga ke hari ini jumlah pelajar telah meningkat kepada 74 orang.