Open Day Kolej Vokasional Keningau

29/08/2015 09:56

Program Sehari Bersama Pelanggan diadakan untuk memberi pendedahan kursus yang ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di bidang vokasional dan kemahiran.  Tempat adalah di perkarangan tempat letak kereta guru. Masa bermula pada jam 8 pagi hingga selesai.  Sama-sama kita memeriahkan program terbuka pada hari tersebut. Banyak aktiviti yang dianjurkan seperti jualan booth, perkhidmatan mengikut kursus, penerangan kursus vokasional dan kemahiran dan banyak lagi.